Make your own free website on Tripod.com

Laman Web Cawangan Trafik IPD Papar, Sabah.

Laman Utama
Misi
Berita Terbaru
Isu Semasa
Tips Kemalangan
Sertai Kami
Hyperangkaian
Program Harian
Hubungi Kami
Borang Kaji Selidik

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH

Polis Diraja Malaysia
Polis Diraja Malaysia
PDRM

Selamat Datang Ke Laman Web Kami !
 
Di laman web ini kami akan memperkenalkan kepada anda kempen-kempen keselamatan jalanraya yang kami lakukan dan kami juga akan mengetengahkan kawasan-kawasan kemalangan jalanraya di Daerah Papar untuk panduan kepada anda yang melalui daerah ini.


LATAR BELAKANG CAWANGAN TRAFIK PAPAR
 

Cawangan Trafik Ibupejabat Polis Daerah Papar telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 1995.  Sebelum ini semua kes-kes kemalangan atau kes-kes yang melibatkan Cawangan Trafik adalah dibawah bidang kuasa Cawangan Trafik IPD Kota Kinabalu.  Pada amnya Cawangan Trafik IPD Papar ditubuhkan hanya untuk menyiasat kes-kes kemalangan jalanraya sahaja.  Walaubagaimanapun akibat daripada perkembangan yang pesat dalam pembinaan infrakstruktur dan penambahan yang ketara kepada kenderaan dijalanraya,  cawangan ini telah menjalankan penguatkuasaan bagi mengawal aliran kenderaan yang melalui daerah ini.

 

            Walaupun bilangan keanggotaan dan kemudahan lojistik yang tidak mengalami perubahan selari dengan kepesatan pertumbuhan kenderaan, Cawangan Trafik IPD Papar masih menampakkan kemampuan dalam mengawal kemalangan jalanraya.  Dengan jumlah keanggotaan seramai 8 orang anggota termasuk seorang Ketua Trafik Daerah,  Cawangan ini senantiasa menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan seperti yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan.

Pegawai Dan Anggota Cawangan Trafik IPD Papar.

img_0038.jpg

PERHATIAN !!!!
 
RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGHADAPI DWIPERAYAAN PADA PENGHUJUNG TAHUN INI IAITU SAMBUTAN HARI NATAL DAN HARIRAYA KORBAN TIDAK LAMA LAGI. PADA PENDAPAT ANDA BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN JALANRAYA DAN SETERUSNYA MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN DI JALANRAYA DI MALAYSIA. SILA KOMEN DIBAWAH ATAU FAX / SMS KE 0128290686 / 0168149359. PENDAPAT ANDA AMAT BERGUNA UNTUK KECEKAPAN KAMI.

ANDA DI JEMPUT UNTUK MEMBERIKAN KOMEN ANDA MENGENAI LAMAN WEB INI. SEBARANG KOMEN DI DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Full name:
Email address:
Comment:
  

logo_visit2007.gif

BERHATI-HATI DI JALANRAYA

Ibupejabat Polis Daerah Papar,
P.O Box 180,
89608 Papar,
Sabah.
Tel : 088-912222
Fax : 088-912861
Email: trafik_papar@yahoo.com