Laman Web Cawangan Trafik IPD Papar, Sabah.

Tips Kamalangan Jalanraya.

Laman Utama
Misi
Berita Terbaru
Isu Semasa
Tips Kemalangan
Sertai Kami
Hyperangkaian
Program Harian
Hubungi Kami
Borang Kaji Selidik

img_0089.jpg

Kemalangan boleh berlaku dimana-mana, samaada kita sendiri terlibat dalam kemalangan atau kemalangan melibatkan orang lain di depan kita. Apakah tindakan yang sepatutnya kita lakukan jika berhadapan dengan situasi kemalangan ? Adakah tindakan kita betul ? Atau kita hanya sebagai penonton sahaja ?
 
Disini kami akan menerangkan kepada anda tindakan yang sepatutnya dilakukan jika berlaku kemalangan terhadap anda atau orang lain dihadapan anda.

KEMALANGAN BIASA TIDAK MELIBATKAN KECEDERAAN
 
1. Jika tiada sebarang kecederaan, pastikan kenderaan terlibat tidak membahaya kepada diri anda ( Meletup atau sebagainya ).
2. Keluarkan mangsa dan asingkan mereka daripada kenderaan.
3. Tempatkan semua mangsa di tepi jalanraya yang selamat daripada kenderaan yang lalu-lalang.
4. Pasangkan tanda isyarat atau pemberitahuan kepada kenderaan lain supaya perlahankan kenderaan mereka ( Pasang Tiga Segi )
5. Jika semuanya telah diselamatkan, hubungi Balai Polis terdekat untuk memaklumkan kemalangan jalanraya.
 
KEMALANGAN JALANRAYA MELIBATKAN KECEDERAAN.
 
1. Jika terdapat kecederaan pada mangsa, pastikan samaada mengalami kecederaan ringan atau parah.
2. Jika ringan cuba keluarkan mangsa daripada kenderaan terlibat, jika parah hubungi pihak hospital untuk memaklumkan keadaan mangsa.
3. Jika mangsa boleh di keluarkan, keluarkan amngsa dan asingkan dengan kenderaan terlibat.
4. Letakkan mangsa di kawasan yang selamat di bahu jalan yang jauh daripada kenderaan yang lalu lalang.
5. Berilah bantuan kepada mangsa sekadar yang anda mampu.
6. Pasangkan tanda amaran kepada kenderaan lain supaya perlahan.
7. Hubungi Balai Polis berdekatan untuk memaklumkan kejadian kemalangan.
 
KEMALANGAN MELIBATKAN KEMATIAN
 
1. Pastikan anda berada dalam situasi yang selamat.
2. Tidak perlu membuat apa-apa terhadap mayat mangsa.
3. Hubungi Balai Polis berdekatan untuk bantuan.

" KAMI BENCI RASUAH "

Ibupejabat Polis Daerah Papar,
P.O Box 180,
89608 Papar,
Sabah.
Tel : 088-912222
Fax : 088-912861
Email: trafik_papar@yahoo.com